Photo Credit: wardahku.com
Bila terfikir mengenai pakaian muslimah, mesti semua rasa pakaian jenis ini “bosan” dan hanya merangkumi “pakaian labuh”betul tak? Tapi, untuk pengetahuan semua, pakaian muslimah sudah tentu boleh kelihatan moden dan bergaya.
Ramai artis Malaysia juga semakin selesa mengenakan pakaian muslimah untuk majlis-majlis mereka tanpa mengurangi sedikitpun nilai glamour mereka! Di WardahKu, kami percaya bahawa pakaian anda boleh kelihatan moden tanpa membelanjakan wang yang banyak!
Kalau pakaian muslimah, mesti yang pertama dalam fikiran anda ialah baju kurung kan? Hah, kalau kita pakai baju kurung, tak semestinya kena bosan kan? Dengan baju kurung dull satin, wanita muslimah sekalian boleh nampak potongan modennya yang membezakan dengan baju kurung biasa.
Photo Credit: wardahku.com
Jangan ingat pula “Ish, pakaian muslimah, memang baju kurung sahaja?” Sudah tentu tidak, anda juga boleh memakai t-shirt yang bukan sahaja selesa tetapi sesuai untuk cuaca negara kita yang panas ini. Pada harga yang murah, anda boleh memakai t-shirt berlengan panjang yang tidak akan kelihatan “old-fashioned”.
Sekarang kita pergi ke basic sedikit ya, kalau nak pakaian muslimah, mesti nak hijab atau tudung kan? Tapi harga sesetengah tudung atas talian sudah tentu tidak berpatutan. Oleh itu, anda boleh membeli tudung dan hijab yang bukan sahaja murah tetapi cantik dan senang dibentuk.
Tak payah dah belek-belek kain ikut saiz kepala dan warna kulit, terdapat tudung dan hijab yang sesuai untuk semua wanita muslimah. Bukan sahaja tudung dan hijab ini “women-friendly”ye tetapi juga “age-friendly” ye. Mak, kakak, adik, semua boleh pakai, silap-silap, nanti pergi kenduri, mak cik cakap semua nampak macam adik-beradik pula!
Photo Credit: wardahku.com
Bagi kemudahan ketika bersembahyang, kita perlukan telekung yang selesa dan murah untuk memudahkan ibadah kita. Telekung yang anda beli perlu sesuai untuk cuaca Malaysia dan juga sesuai untuk kulit sensitif. Bagi keselesaan anda, telekung ini dilengkapi dengan lapik dagu dan kain ikat yang padan untuk pelbagai bentuk muka.
Kalau anda nak semua pilihan ini, lawat WardahKu untuk pelbagai jenis pakaian untuk wanita Muslimah. Dengan koleksi-koleksi terbaru kami, singkirkan tanggapan bahawa pakaian muslimah bosan dan tidak glamour! Bukan sahaja pakaian kami murah dan berkualiti, tetapi jika anda membuat pembelian RM60 ke atas, anda juga boleh menikmati free shipping!