Bila terfikir tentang tulang lembu, mesti semua orang fikir bahawa tulang lembu ini boleh dimasak sebagai sup, gulai atau kari. Tulang lembu ini digemari ramai kerana sifatnya yang cair dalam mulut kita setelah dimasak dengan betul.
Kalau berminat untuk gunakan tulang lembu untuk resipi, anda boleh melawat Daging2u untuk tulang lembu yang sedap, halal dan berkualiti. Hah, tapi adakah anda tahu bahawa tulang lembu bukan sahaja enak ya, tetapi juga berkhasiat pada kuantiti yang betul.
Tulang ini kaya dengan kalsium, magnesium, potasium dan juga fosforus. Nutrien-nutrien ini penting untuk menguatkan tulang anda. Sebatian semula jadi yang terdapat dalam tulang lembu dapat menyokong tulang sendi anda. Nutrien yang terkandung dalam tulang lembu juga didapati dapat membantu mengurangkan sakit sendi dan mengurangkan simptom osteoartritis.
Selain itu, sekiranya anda peminat sup tulang (bone broth), tahu tak bahawa dengan campuran yang betul, sup tulang ini boleh membantu sistem penghadaman anda. Gelatin yang terdapat dalam tulang ini membantu makanan bergerak melalui usus anda dengan lebih mudah.
Pernah tak lepas makan banyak sangat, badan rasa panas semacam? Sekiranya anda menghadapi keadaan ini, anda disyorkan untuk memakan sup tulang lembu. Sup tulang lembu mengandungi asid amino yang terbukti untuk mengurangkan keradangan terutamanya jika keadaan anda kronik.
Mesti tak terfikir kan, kalau minum sup tulang lembu boleh turunkan berat badan? Sekiranya disediakan dengan cara yang betul, sup tulang lembu sebenarnya rendah kalorinya dan boleh menyebabkan kita rasa penuh. Sup tulang lembu yang penuh dengan protein dapat membantu meningkatkan kawalan selera makan, meningkatkan penurunan berat badan, dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak.
Kalau stres masa kerja, tengok rumah bersepah, cuba minum sup tulang lembu. Tak percaya? Hah, tahu tak, asid amino dalam sup tulang lembu ini bukan sahaja boleh membantu anda tidur tetapi juga boleh buatkan anda lebih rileks! Pengambilan sup ini sebelum tidur boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk pada waktu siang dan meningkatkan fungsi mental dan ingatan.
Untuk menikmati khasiat ini, anda perlulah menyediakan sup ini dengan cara yang betul untuk menikmati rasa serta kebaikannya. Tunggu apa lagi, tulang lembu di Daging2u dijamin sedap, segar dan berkualiti. Melalui pembelian online, anda cuma perlu membuat pesanan dan tunggu daging segar ini ke rumah anda!